Aktiviti j-QAF
   Kem Bestari Solat
Tasmik
Bahasa Arab
Literasi Iqra'
Ihtifal Tahunan
  Kelab j-QAF
KLAQ
UMUM
Visi
Piagam Sekolah
Teras Perkhidmatan
Etika Kerja Islam
Galeri
Kertas Kerja KBS Siri 1 Tahun  dan 2



Kertas Cadangan
Kem Bestari Solat Kali Pertama
Tahun 1 & 2
Sesi 2010
Pendahuluan
Dalam usaha melahirkan murid-murid yang berkualiti dari segi akademik yang cemerlang dan sahsiah yang unggul, murid-murid perlu diberi pendedahan keagamaan seawal usia 7 tahun lagi. Golongan ini sepatutnya didedahkan kepada pengisian kerohanian yang tulen agar dapat menjarakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif dan tidak bermoral.
Lantaran itulah, Kem Bestari Solat perlu diberi peranan agar dapat membantu murid-murid menguasai dan memahami subjek pendidikan Islam yang sebenarnya. Antara objektif KBS ialah dapat memdedahkan murid-murid tentang perkara asas seperti berwuduk dan bersolat dengan sempurna. Daripada penilaian yang lepas, program di peringkat sekolah seperti ini dapat membantu murid-murid memahami dan mengamali teori-teori yang dipelajari di dalam kelas


Objektif:

1) Murid dapat berwuduk dengan sempurna
2) Murid dapat menghafaz surah-surah pilihan dengan baik
3) Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan
4) Murid dapat menunjukkan cara bersolat dengan betul
5) Murid dapat melaungkan azan dan iqamat dengan betul
6) Murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul
7) Murid dapat melaksanakan solat dengan betul
Kumpulan Sasaran:
Semua murid beragama Islam tahun 1 dan 2

Tarikh: 23 Januari 2010

Tempat: SK Alma

Anjuran
Unit j-QAF, Sekolah Kebangsaan Alma Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tema
‘Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam’

Majlis Jawatankuasa Pelaksana
Sila Rujuk Lampiran A

Aturcara Program
Sila Rujuk Lampiran B

Belanjawan Program
Sila Rujuk Lampiran C
Penutup
Dengan adanya program seperti ini di peringkat sekolah, pihak kami akan berusaha agar semua murid dapat mengambil manafaat daripadamya. Dan ianya akan membantu murid-murid menjadi insan yang berjaya di dunia dari segi akademik dan juga di akhirat sebagai hamba Allah yang cemerlang dari sudut penampilan, muamalat seharian
Sekian, Wassalam.

Yang Benar,

_________________
( CHE ANUAR BIN CHE IBRAHIM)
Setiausaha KBS 2010


Disemak oleh ,

________________
( PN HJH NORAZMAH BT SHUIB)
Guru Besar
Sek.Keb Alma




Lampiran A
Penasihat : PN HJH NORAZMAH BT SHUIB
Pengerusi : EN TARMIZI B ABDULLAH
Penyelaras KBS I 2010 : EN CHE ANUAR CHE IBRAHIM
Setiausaha : PN NOR SHIFA BINTI SAAD
Bendahari : EN ZAIDI BIN YUSOB

Jawatankuasa Pelaksana

1. Makanan dan Minuman : PN ROSMAWATI DIN

2. Dokumentasi dan Penilaian : PN NOR SHIFA SAAD

3. Siaraya,Teknik, Peralatan : PN MAZLINDA BT MOHD HUSSIN
dan persiapan tempat

4. Fasilitator :
1. EN.CHE ANUAR BIN CHE IBRAHIM (K)
2. EN TERMIZI ABDULLAH
3. EN MUHD AZNI B ALI
4. PN JAMMILAH MAT SAMAN
5. PN ROSMAWATI DIN
6. PN SITI HUMAIRA BT MUHD EZANI
7. PN NOR SHIFA SAAD
8. PN HASHILA ISHAK
9. EN MOHD RODI B SAAID
10. EN ZULKIFLI
11. MAZLINDA BT MOHD HUSSIN
12. EN. ZAIDI B YUSOB
Lampiran B
                            Aturcara Kem Bestari Solat Thn 1 & 2 Siri I 2010

Hari Pertama
08.00 pg :Pendaftaran , Agihan Kumpulan , Taklimat
- Murid dibahagikan kepada 12 Kumpulan dibimbing oleh Fasilitator

08.30pg :LDK 1 –– Bacaan Dalam Solat dan Perlakuan Dalam Solat

10.10pg : Rehat

10.30 ptg: :LDK II- Teori dan Amali berwuduk
- Penerangan cara-cara berwuduk
- Lafaz niat wuduk

12.00 tgh hari : Bersurai
Lampiran C
           Anggaran Perbelanjaan Kem Bestari Solat Siri I 2010 (Tahun 1 & 2 )

Bil         Perkara                           Jumlah


1- 69 murid Tahun 1 x RM 1.50 = RM 103.50

2 -77 murid Tahun 2 x RM 1.50 = RM 115.50


JUMLAH KESELURUHAN      RM 219.00